04-652 1125 samb. 1259

Biro-Biro

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BIRO-BIRO PEKDIS

1. BIRO DAKWAH, KEPIMPINAN, KEROHANIAN DAN PENDIDIKAN

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan dan sahsiah ahli.
  • Merancang dan melaksanakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti sambutan Maulidur Rasul, majlis solat hajat, majlis tahlil dan bacaan Yaasin dan lain-lain.
  • Merancang aktiviti, program, kem-kem serta kursus yang dapat meningkatkan mutu pendidikan dan akademik ahli serta pelajar-pelajar negeri P. Pinang.
  • Membantu pelaksanaan aktiviti-aktiviti dakwah dank o-kurikulum Pendidikan Islam peringkat sekolah.

 

2. BIRO KEBAJIKAN DAN KERAIAN

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat menjaga kebajikan ahli dari segi pendidikan, kerjaya, kesihatan, kematian dan lain-lain.
  • Mengadakan majlis keraian dan jamuan seperti majlis hari raya, ibadat korban, takaful, persaraan dan lain-lain.
  • Mengadakan sesi lawatan dan ziarah sambil belajar ke tempat-tempat yang boleh meningkatkan tahap profesionalisme pendidikan.
  • Menerima derma, tajaan dan sumbangan dengan syarat telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan atau agensi lain yang berkaitan.

 

3. BIRO LATIHAN, SUKAN DAN REKREASI

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat meningkatkan profesionalisme ahli melalui kerjasama dengan agensi-agensi lain di bidang latihan, kemahiran, kursus dalam perkhidmatan, seminar, bengkel dan sebagainya.
  • Merancang aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi melibatkan ahli dan agensi luar.
  • Mengadakan pertandingan dan sukan persahabatan antara ahli-ahli PEKDIS daerah-daerah seperti Pertandingan Futsal, bolasepak dan lain-lain.

 

4. BIRO PENYELIDIKAN, PENERBITAN DAN DOKUMENTASI

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti penyelidikan untuk mendapatkan maklumat atau input-input yang berguna bagi pembangunan dan pemantapan pertubuhan.
  • Bertanggung jawab menerbitkan bahan-bahan yang sesuai dalam bidang pendidikan untuk panduan guru dan bahan bacaan guru-guru dan pelajar.
  • Menghasilkan dan menerbitkan bahan-bahan bacaan ,makalah, risalah, buku-buku, bulletin, dokumentasi berunsur ilmiah berkaitan dengan aktiviti daerah dan negeri.

 

5. BIRO EKONOMI

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan ekonomi pertubuhan dan juga ahli.
  • Membantu memasarkan bahan-bahan yang dihasilkan oleh biro penerbitan.
  • Menjual modul-modul, diari, table planner tahunan, buku-buku terbitan unit dakwah, cenderamata-cenderamata PEKDIS dan lain-lain.