04-652 1125 samb. 1259

Logo PEKDIS

logo pekdis

LOGO RASMI PEKDIS (Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia) ini telah direkacipta oleh Ustaz Jalaluddin bin Haji Mispan @ Mislan. Beliau merupakan JOHAN Pertandingan Merekacipta Logo PEKDIS peringkat kebangsaan yang telah dianugerahkan pada 26 Julai 2008 yang lalu.

KETERANGAN LOGO :

Konsep jarum berjumlah 16 batang mewakili 16 buah negeri dalam Malaysia (termasuk Wilayah Persekutuan Labuah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) yang menjadi ahli dalam pertubuhan ini.

Jarum bersifat tajam menggambarkan setiap pendakwah seharusnya berfikiran tajam, kreatif dan kritis dalam usaha memartabatkan agama Islam dan seolah-olah bercahaya adalah bermaksud usaha berdakwah dapat memberi ‘nur’ keimanan kepada sesiapa sahaja.

Jumlah 3 titik bagi mewakili :

  1. Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. Jabatan Pelajaran Negeri / Bahagian dan
  3. Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh Negara.

Huruf ‘PA’ membawa maksud singkatan bagi akronim ‘PEKDIS’ (Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia) yang juga membawa erti pengurusan pendidikan Islam, pendakwah serta pendidik yang sentiasa berkhidmat di mana saja dalam memberikan bimbingan kepada anak bangsa.

Perkataan ‘PEKDIS’ ditulis dalam tulisan jawi bagi memartabatkan dan melambangkan kecintaan terhadap tulisan warisan bangsa melayu yang tidak akan hilang ditelan zaman dan perkataan ‘PEKDIS’ ditulis dalam tulisan rumi bagi melambangkan Bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi Negara.

Tulisan ‘PERTUBUHAN KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA’ ditulis dalam dwi tulisan bagi menjelaskan nama Pertubuhan ‘PERTUBUHAN KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA.’