04-652 1125 samb. 1259

Objektif

Pertubuhan ini ditubuhkan bertujuan untuk:

  1. Merapatkan ukhuwwah Islamiah antara semua Guru Pendidikan Islam (GPI), meningkatkan prestasi perkhidmatan dan profesionalisma GPI serta menjaga kebajikan GPI.
  2. Menjalinkan kerjasama dengan Jabatan dan Institusi Pendidikan dan juga badan-badan dakwah dan agensi-agensi lain bagi menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
  3. Meningkatkan kualiti pengurusan Pendidikan Islam dan Dakwah melalui perkongsian idea dan pengalaman di semua peringkat.
  4. Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.
  5. Membantu pelaksanaan aktiviti dakwah dan ko-kurikulum Pendidikan Islam di sekolah.
  6. Menerima derma, tajaan dan sumbangan dengan syarat telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan atau lain-lain agensi yang berkaitan.
  7. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kewangan di cawangan-cawangan PEKDIS seluruh Negara dengan mendapat kelulusan Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
  8. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti yang meliputi perkhidmatan , kebajikan kepada semua ahli dari segi pendidikan , keraja dan kesihatan.