04-652 1125 samb. 1259

Pengenalan

PEKDIS adalah singkatan bagi Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah – Sekolah Malaysia. Bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ia mula ditubuhkan pada tahun 2005. Yang DiPertua PEKDIS yang pertama ialah Yang Berbahagia Hj. Abd. Razak bin Draman, Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan , Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), KPM.

Bagi sesi 2013/2014, jawatan Yang DiPertua PEKDIS disandang oleh Tn. Hj. Abdullah bin Md. Din, Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Sehingga 2012, jumlah guru Pendidikan Islam seluruh Negara telah mencapai angka lebih 46 ribu orang. Jumlah ini dijangka akan mencecah angka lebih 60 ribu orang apabila semua keperluan jawatan diisi menjelang 2015 nanti.

Sehubungan dengan itu, semua Guru Pendidikan Islam perlu menjadi ahli pertubuhan bagi mendokong dan membantu aktiviti-aktiviti dakwah Islamiah sekolah-sekolah serta menjaga kebajikan dan kepentingan perkhidmatan masing-masing